Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Itchy to scribble something.
Saya sukalah bila tengok makcik itu senyum. Rasa macam ada ketenangan memekar dihatinya. Walaupun dalam situasi kelam-kabut, haru-biru, dia tetap akan tenang tersenyum.
Makcik tak penat ke ulang-alik banyak kali ambil kami?
Makcik Senyum lagi.
Taklah, makcik tak penat pun, makcik suka.
@@@@@@@@@@@@@@@@
Pagi-pagi lepas subuh sudah terpacul Unser makcik di pekarangan rumah. Ambil peserta akhawat dalam lingkungan 30 orang jumlahnya. Kadang-kadang bergilir-gilir dengan makcik Yati, Ummi Puziah, Makcik Jun, Makcik Kamariah. Terkadang hanya makcik seorang.
Petang-petang, makcik muncul juga di padang. Kadang-kadang sambil dukung baby girlnya.
Malam-malam pun, makcik masih setia menanti. Kadangkala langkahnya longlai ke belakang, ke arah saya. Duduk di sebelah saya.
Saya cuba urut-urut makcik. Garis-garis usia terpacar diwajahnya, namun penuh cahaya. Saya kagum sekali lagi.
Makcik penat?
Senyum lagi. Penat sikit je. Masih tersenyum indah.
Saat duduk di sebelah, saya cuba mengerling. Makcik tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Letih betul barangkali hari itu. Sabarnya dia, masih sembunyikan keletihan. Mungkin itu sudah tahap klimaks, menemani kami hingga lewat malam pekat.
Makcik masih tetap tersenyum. Saya hanya jadi pemerhati dari jauh.
Ar-rasul yang mulia pernah bersabda;
Senyum mu pada wajah saudara mu adalah sadaqah.
Jadi jika antum tidak senyum kepada saudara antum, maka antum tidak mendapat pahala sadaqah itu. Jika setiap muslim mahu memberi senyum tatkala bertemu dengan saudaranya sesama muslim, maka kita akan menjumpai sebuah masyarakat muslim yang berwajah cerah dan saling mencintai.
Inilah barakah daripada sebuah senyuman yang tulus.* Abbas As-sisi*
Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, doa dan mungkin hanya dengan senyuman. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.
Rabbana afrigh 'alayna sabran wa tawaffana muslimeen.
Kredit to Mak Chu Ita. (Makcik Rozita) Sukalah tengok makcik senyum! =)
p/s- Kak 'Abyd, ana minta izin amik gambar ni, nak gambar Mak Chu. Tq sis! =)


6 comments:
saya nak senyum sokmo jugak kak! heh
:) akak personally pun kagum dengan makchu. berjaulah dgn makchu ke Kuala Kangsar baru ni membuka lembaran baru dalam ukhuwwah kami.. alhamdulillah.. ^_^
btw, akak dah buka blog lain utk public. boleh cek link kat 'ammar punya blog. Jzkk~ ^_^
to Amirsyah:
Aiwah. Mari ibtisam beramai-ramai. Baru awet muda kan? Contoh macam org umur 22 nampak macam 20. =)
to kak 'Abyd:
Ana pun kak. Baru 1st time jumpa dah kagum dgn makchu. Senyum dia, semangat dia, nasihah dia. Dan dia sangatla friendly. kan.
Baby girl dia chumiiil. Macam ulfah. =)
Btw, ana dah baca dah blog akak, dah letak kat link akhawat dah pun. hihi.
Do keep in touch akak! Ana selalu doa supaya dapat jumpa akak live. InshaAllah jika Allah izinkan. Mesti seronok!
Senyum sokmo! =)
camtu ke kak? patut la muka saya macam baru abes SPM.. haha ;D
haha~ hampeh. akak lagila macam budak menengah rendah je. muehehe. Keep on writing..!
Malasnya nak balik kampuuuus.
:) ;) =) ^_^
Post a Comment