Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Ku kira sifat sabar itu, semua orang memilikinya. Wujud di setiap celah hati-hati yang telah diciptakanNYA. Cuma "threshold" nya yang membezakan sifat sabar seorang da'ie itu pada situasi yang mencengkamnya pada waktu-waktu tertentu.
Ada manusia yang diuji dengan kesabarannya menahan ledakan amarahnya terhadap sesuatu, ada pula yang diuji dengan menahan pedih perasaan hatinya, sedih dengan sesuatu yang terjadi padanya.
Ku selalu ingin belajar menjadi seorang da'ie yang sentiasa bersabar. Bersabar dengan semua benda; sabar dalam amarah, sabar dalam kepedihan hati, sabar dalam mengejar syurga Allah.
Sabar, a word that is always easier said than done.
Sabar. Allah sudah berjanji akan bagi syurga untuk orang yang bersabar. Tetapi syurga ini hanya akan dikecapi oleh manusia yang sabar apabila diuji. So do the maths. Syurga bukan mudah. Sebab itu akan rasa manis di hujung jalan nanti.
So berjanjilah, kita akan jalan bersama-sama. Single steps count. So take the first step. Seorang da'ie tidak tidak mengambil kira natijah pada akhir kesabarannya itu kerana yang dikejarnya bukanlah nikmat dunya. Yang dikejarnya hanyalah keredhaan Allah.
Allah boleh tolong kita macam mana sahaja cara yang DIA nak, dan kita selalu tak menyangka pertolongan Allah itu datang macam mana dan bila. Maka terus aje lah berdoa, dan hampirkan diri pada DIA. Yakinlah! DIA selalu ada, bila buntu dan bila lapang.
Too miscellaneous things to write about but I've to stop here. Till we'll meet again inshaAllah.

2 comments:
r u ok?
npe ending die x seperti selalunye?
adekah anda sedang marah?
yg jauh tp dekt di hati
-s**-
s** channn. I'm ok, but sometimes not. Eh tapi saya tak marah pun. Nak marah kan siapa? =)
Just wanna u to doakan aku kuat here and there.
Miss u terribly org jauh! huehh
Ada masa kita chat, inshaAllah
=)
Post a Comment