Assalamu'alaykum.
Betapa Allah menjadikan hidup manusia ini ada turun naiknya, ada pasang surutnya. Sekejap gembira, sekejap duka. Terkadang mudah, terkadang susah.
Apapun medan ini medan rasa. Medan jatuh bangunnya manusia. Lagipun dunya itu sekolah hidup bukan?
Cuba bayangkan kalau Allah jadikan kitaran hidup kita ini mendatar. Seronok sentiasa, mudah belaka. Semuanya di hujung jari. Atau Allah jadikan hidup ini Allahuakbar, susahnya. Tidak pernah rasa langsung manisnya pertolongan Allah. Pernah ke?
"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki syurga sedangkan kamu belum menerima dugaan seperti orang-orang mu'min yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa mala petaka dan kesusahan dan mereka telah digoncangkan ketakutan sehingga RasuluLlah dan orang-orang mu'min bersamanya berkata; Bilakah tibanya pertolongan daripada Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [2:214]
Sedang kita?
Jatuh teruk bila diuji sedikit. Hati terus jadi kecut.
"Maka lahirlah kijang-kijang pengecut beserta otak-otak kecil, dunia-dunia kijang dan "makanan-makanan" yang diagung-agungkan sedap penuh nikmat santapan si kijang otak kecil. Hilanglah SINGA-SINGA berani pencorak dunia sehingga dulunya warna penuh seri, beserta ngauman mereka yang menggegar buana dan alam semesta. Sekarang dunia tiada putih tiada hitam tetapi kelabu. Bercelaru." (Syeikh Muntalaq)
Bukankah kita telah berjanji untung menang? Untuk kuat? Kerana ini jihad dan kerana di sana Allah sedang memerhati. Sedang tunggu untuk memberi pahala yang besar. Sedang mengira-ngira untuk memberi ganjaran syurga.
Jadi berjanjilah, kita tidak boleh kalah dengan kesakitan ini. Kerana ia sakit yang sementara dan mempunyai reliever. Kita tidak boleh kalah dengan bisikan syaitan! Jangan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh kerana cita-cita kita besar!
Bukankah kita da'ie?

No comments:
Post a Comment