Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Dulu, tiga tahun lalu, kali pertama sampai ke tempat ini rasa seperti mahu menangis. Berangan-berangan tempat yang baru ini lebih baik dari Sabah. Namun angan-angan tinggal kenangan.
Dimomokkan dengan cerita orang, tempat ini tempat jin bertendang. Jauh. Kerana ia hujung negeri Pahang. Habis sahaja Kuala Lipis sudah masuk kawasan Gua Musang, Kelantan.
Hampir sahaja rasa putus asa itu terbit. Namun dek kerana sifat putus asa itu sifat orang kafir, (Yusuf: 87) maka rasionalkan diri dan terus melangkah. Perlahan-perlahan.
Hampir setahun lebih mencari-mencari akhawat di kawasan ini. Habis kering telinga sahabat yang seorang itu mendengar rintihan hati ini. Mencari-cari di manakah permata yang tersembunyi di daerah istimewa ini?
Saban hari hanya kata sabar yang mampu sahabat itu ungkapkan. Berdoa dan terus berdoa. Bertanya dan terus bertanya. Mencari dan terus mencari. Tanpa lelah, tanpa jemu. Kerana tahu, jalan ini bukan jalan yang dihamparkan karpet merah. Bukan jalan yang ditaburi bunga-bunga indah.
Namun akhirnya masanya tiba jua. Kerana sekarang musim orang pulang ke tanah air. Musim orang dipostingkan jauh-jauh. Musim orang kembali dengan membawa himmah 'aliyyah. Membawa api tarbiyyah dari tempat titik mulanya mereka diperkenalkan dengan tarbiyyah, dengan da'wah.
@@@@@@@@@@@@@@@
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! Akhirnya yang dinanti-nanti tiba juga. Yang ditunggu-tunggu muncul juga. Bukan satu. Bukan dua. Tetapi tiga! Lalu pertemuan berempat setiap minggu memberikan kenangan yang sangat basah untuk diingati.
Dengan lafaz bismillah, mohon diberi satu tolakan dalam diri untuk belajar dan mengajar. Bersama-sama menjadi dan mebina manusia logam tanpa mensia-siakan kelogaman yang dikurniakan Allah ini.
Perlahan-lahan ingin membina dan dibina. Tidak perlu tergesa-gesa kerana ini fitrah. Allah sudah tetapkan sunnatuLlahnya. Jika tergesa-gesa, BAHAYA. Kerana Allah tidak menjadikan manusia itu dengan tergesa-gesa.
"Wahai ikhwan, terutama buat mereka yang bersemangat ingin cepat menang di antara kamu, dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas mimbar di Muktamar ini. Sesungguhnya, jalan kamu ini telah digariskan frasa-frasanya. Telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang amat aku yakini ini bahawa ia adalah jalan paling selamat untuk sampai ke matlamat.
Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, keteguhan, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa di kalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak akan bersama dia. Maka tinggalkanlah da'wah ini dan carilah yang lain." (Hassan al-Banna)

7 comments:
semoga nnti kita dapat bersama berjuang di bumi yg sama cah!
nnt boleh shairng2 bile i balik hehe
take care dear!
saya belajar tentang kemanisan ukhuwwah dari seorang insan yang saya rindui dengan sangat horror ('afwan, perkataan itu memangg tak dapat ubah. sebab memang horror. heheh)
i can tell you wholeheartedly, that this is what we call ukhuwwah. its waayyyy beyond words. its wayyyy beyond pictures. its pure love based on aqidah and the tied hearts for the sake of Allah.
Walking together in this path of tarbiyyah, gives rise to such people. i can assure u its a sweet gift from Allah, to His believers.
Huuuuuuu. pulang ke Malaysia cepat2!
mananya nasik kerabu and teh ais tu cah?
Er, mestilah dah selamat dalam perut. hehehe.
Tajuk ada kaitan dengan pertemuan pertama kami. Kakak tu belanja ana nasi kerabu and teh ais dekat2 dengan stesen keretapi. Nti Pernah sampai masa sekolah dulu? heheh.
Sebab tu tajuk dia "of nasi kerabu and teh ais."
Tunggu org sana belanja pulak. Masak sendiri, bukan kedai. boleh? =)
kat lipis ek? off cause ana penah sampai stesen kretapi tu...itulah kenderaan setia ana sampai sekarang...:)
bereh bereh...ana belanja...masak sendiri ek...huhu...ntahlah...pandai ke ana ni...haha..
bila la nak singgah muar BP ni...
Scrumptious cooked overthere. Mungkin ada yg lagi sedap kot kat mana2 tapi yang dibawa setakat ni dekat situ je. hehe
Nti datang Muar ana belanja mee bandung! ehehe. Adalah tu rezeki Allah tetapkan pertemuan kita nanti inshaAllah. Doa banyok deh.
Thanx la slot pagi td walaupun sekejap. =)
yang sedap kat rumah ana..:D
wah..mee bandung muar..yang kuah kacang tu ek...bereh2...
thanks kat echah untuk slot pagi tadi..
Post a Comment