Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Lima belas tahun lepas, pelik kenapa dia tulis namanya dengan ada perkataan DR. di hadapan namanya. Sebab selalunya orang letak Siti atau Nur atau Nurul pada pangkal nama. Tetapi dia tidak, sejak umur lapan tahun dia dah tulis nama pada buku tulis sekolah dengan nama DR. (Bersambung dengan nama sebenar).
Sekarang baru saya sedar kenapa dia buat macam itu. Dan amazingly doa dia jadi kenyataan! Tidak lama lagi dia akan grad sebagai seorang DR dari negara Kangaroo itu.
Same goes to dua orang adik yang sedang struggle buat medic sekarang. Diaorang masa kecik memang dah ada talent untuk jadi doktor kot? And Alhamdulillah Allah makbulkan. Dan ramailah berkata, "Senanglah akak masa nak bersalin nanti. Pilih je adik mana yang nak sambut." And surely, Angah will be the choosen one, takkan Amir kot? heh.
Tak tahu mengapa respect sangat dengan kerja DR ini eventhough orang kata, budak medic takda life. Asyik kena struggle sahaja. Nerding sentiasa. Ye ke? Dulu pernah juga berangan mahu menjadi DR. Tapi Allah tak izinkan. Ada pelbagai musyaqqoh yang melanda dan sekarang terima sahaja taqdir yang Allah beri, alhamdulillah.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Berbalik kepada ukhti yang berpangkalkan nama 'DR.' tadi. Seperti yang dijangka, selepas beberapa tahun tidak berjumpa (ages), dia pulang bercuti ke Malaysia. Sebagai seorang akhawat!
Melalui dia, I got something new. Belajar untuk faham bahawa kemantapan fikrah bukanlah sepenuhnya diukur melalui seberapa lama kita berada di dalam halaqah usrah. Bukan dikira dari setebal mana atau sebanyak mana catatan nota usrah.
Tetapi, ia sendirinya akan terserlah bila wujudnya kefahaman, ada kesungguhan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik dan dengan pengamalan daripada kefahaman yang diperoleh, disertai dengan sifat sungguh-sungguh! Serius. Tidak carca merba.
Kata syeikh Muhammad Abduh, "bertemu Islam di negara bukan Islam." Begitu juga apa yang dirasai ukhti yang seorang tu. Bukan sahaja dia, malah sahabat-sahabat di Jepun, New Zealand, India, UK, Jerman, US, Australia, pun sedang bergerak ke arah yang sama.
SubhanaLlah, AlhamduliLlah. Is that a good news right? Satu perkembangan yang menarik. Menara UA bukan suatu angan-angan, inshaAllah!
*Semalam dapat dikesan my lil sis a.k.a adik ada account FB with her nickname, NabDPSP. And I asked her what's DPSP dik? Then she replied, "Along ni, DPSP tu doktor pakar sakit puan laa." And I was like, Erk, ok. Hihi. Moga menjadi DR= Da'ie Rabbani juga dik!

5 comments:
............:)
Lama kita tak berkongsi...ecah busy yer sekarang...
ana dah lepas viva...alhamdulillah..:)
Panjang senyum orang tu lepas viva ek. Tahniah bai. Mesti mantap masa present =)
Bila kita nak chat? Nti kuning nanti ana buzz2 inshaAllah! hee. Slot LDK bersama cik Bai.
tak cukup panjang tu...masih nak betulkan beberapa perkara and writing lagi...hehe..
ana biasa jer...tajuk tu yang vogue da vass..haha...bikin cuak.
ana kuning jer sentiasa sekarang. nti tu yang tak muncul2..
slot LDK bersama cik echah...huhu
Selamat sambung master dengan jayanya. InshaAllahu khayr!
Roger ana cuti bulan 6 nanti eh
ei...echah...segan ana....insyaAllah kalau ada rezekinya begitu....tapi doakanlah ek....:)
Post a Comment