Assalamu'alaykum.
Kata naqibahku, menjadi da'ie hati jangan sejemput. Jangan mudah kalah dengan rasa dan perasaan sendiri. Kerana medan ini banyak melibatkan hati. Jadi kata kakak, hati jangan sejemput.
Ingin mendidik hati ini supaya berjiwa besar.
Persis orang-orang terdahulu yang melakar suka -duka coretan seerah, yang sehingga kini masih disebut-sebut, diingat-ingat.
Seumpama Palestin yang menyaksikan Salahuddin al-Ayyubi bersama tenteranya menyinari Ramadhannya dengan tahajjud dan iktikaf.
Seperti tanah Andalus yang jua mekar tatkala di buka suatu masa dahulu.
Juga seperti tingginya cita-cita al-Fateh untuk membuka kota Constatinopel.
Seteguh hati Tariq b. Ziyad bersama sebaris pejuang yang lain.
Sekental da'wah Mus'ab b. 'Umayr di seluruh ceruk Madinah. Melaksanakan amanah ar-rasul tercinta.
Seumpama Maryam yang tidak canggung walaupun Allah mengujinya mengandungkan Isa tanpa bapa.
Lalu apalah sangat yang ada pada kekecewaan hati dan kesedihan jiwa yang perlu dizahirkan, perlu disampaikan.
Redhalah wahai jiwa. Bukankah yang membezakan mu'min dengan kuffar itu Redha akan ketentuan Allah? Menerima dengan sabar dan redha.
Terasa kerdil melihat semangat jundiy-jundiy di luar sana yang terus-terusan mekar di medan yang tercinta ini. Mahu turut sama ke medan itu. Katamu mahu sebaris dengan pejuang. Katamu mahu menghirup harum bau syurga?
Jadi, mendakilah dan jangan pernah berhenti! Mari berjiwa besar.

2 comments:
yang,it`S maryam not hajar..u mesti tgh pk nk tulsi hajar n maryam in the same time ehehe
ops. Ha'ah la. Masa i tulis kat mesej you tu Hajar rite? hehe. Ok, point taken. Jazakillah betulkan. =)
Post a Comment