Bersama kita melangkah

Wednesday, June 9, 2010

Mereka hebat diuji Allah


Bismillah,
Assalamu'alaykum. 
Alhamdulillah bangun pagi ini, I feel much better. Sudah lama tidak navigate from page to page, pagi ini baru berkesempatan. Lalu hati rasa terketuk dengan quotation ini,

"Gaza saban tahun melahirkan 10,000 orang Hafiz Al-Quran. Di Gaza jugalah munculnya halaqah dan usrah yang hidup. Hakikatnya di Gaza, ada 30,000 halaqah yang bergerak setiap minggu secara konsisten. Mereka ini telah berjaya menjadi contoh yang realiti terhadap ummah dunia. Mereka tiada bank, tiada sistem perparitan, tetapi tetap sehingga sekarang mampu hidup tanpa rungutan. Mereka tetap hidup beradab sopan dan berkahlak sesama mereka." (Dr Syed Muhammad Halim, 2010)

Highlight tentang 10,000 orang Hafiz Al-Quran dan 30,000 halaqah yang bergerak setiap minggu secara konsisten. Dua tiga menjak ini, kisah Palestine bukan perkara asing. Di kedai mamak hatta di cafe mewah, semua berbicara tentang Palestine. 

Bahkan di wall FB masing-masing, semua cuba mengupdate isu Palestine. Kita bersemangat update kisah Palestine. Selang lima minit semua web dan blog tentang Palestine kita layari. Kita kunjungi, kita ziyarahi. Tanda kita cakna. Cakna bukan sebarang cakna, cakna ini cakna ummah. Tetapi betulkah kita benar-benar cakna?

Agar usaha yang tidak seberapa ini, akan bisa terjawab dikala disoal Allah kelak. Kita bisa menjawab, saya sudah sebarkan maklumat pada dunia melalui facebook tentang Israel laknatullah! Begitukah?

Namun, bagiku itu belum cukup untuk menggelarkan diri sebagai burung pipit yang susah payah memadamkan api yang membakar nabi Allah Ibrahim. Dengan hanya satu click di facebook itu.


Ya, kisah Palestine bukanlah hanya satu kisah baru. Mereka tenang diuji Allah. Negara mereka pincang, tetapi Islam di negara mereka tidak pincang. Sungguh Gaza tidak memerlukan kita. Kerana mereka cukup hebat diuji Allah. Mereka hidup untuk Islam, mereka membaling batu untuk Islam. Anak-anak hidup sungguh-sungguh atas perjuangan Islam. Kerana mereka percaya Allah akan bantu mereka dengan kemenangan yang amat dekat. (61:13)

Tetapi realitinya ummah masih lagi terleka. Kita harapkan kisah Palestine bukan kisah bermusim. Dua tiga hari lagi mungkin kisah piala dunia pula bermain-main di bibir. Dan Palestine hanya tinggal kenangan. Kerana apa? Kerana ummah kita masih di lembah asing.

Kita masih belum praktik Islam dengan sebenar-benarnya. Kerana Islam bukan semata-mata agama anutan warisan nenek moyang, tetapi Islam adalah ad-deen yang perlu diaplikasi dalam hidup. 24/7 hidup kita bersama Islam.

Lantas kita sama-sama faham bahawa da'wah dan tarbiyyah lah jalan penyelesaiannya. Untuk menemukan ummah dengan Islam, biar duduk di satu lembah yang sama! Bukan lembah asing bila menyebut perkataan Islam.

Jadi kita harus mula dari sekarang. Kita baca sendiri kisah anak-anak mereka dengan al-Qur'an, anak-anak sejak dari kecil diajar untuk hafaz al-Qur'an. Masing-masing berebut untuk menghadiahkan diri untuk ummah. Tetapi kita? Menghancurkan Islam di mata masyarakat dunia dengan dadah, zina dah judi kita!

Masih tidak tersentuhkah?

Katamu mahu merealisasikan generasi Salahuddin al-ayyubi?

Katamu mahu merealisasikan generasi Qur'aniyy?

Kalau bukan kita siapa lagi?




No comments: