Bersama kita melangkah

Tuesday, June 8, 2010

orthodontist


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Huuuu Baru pulang dari klinik gigi. Dan hari ini bukan check-up sebarang check-up. Tetapi hari ini kena operate. Pertama kali kena bius, pertama kali kena operate. Dari pagi asyik mengadu sama ibu tentang takut, sakit, and... mati.

Tapi ibu tenang-tenang sahaja. Walau ada sekelumit rasa risau, mengenangkan apa yang bakal berlaku, ibu dan baba tenang sahaja. Debaran di dada hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang rasa takut pula menyerbu.

Tapi ini hanya minor operation. No worries kata doktor. Minor-minor pun sayup-sayup bau ferum atau hemoglobin atau lebih tepat lagi bau darah sudah menyerbu. Kali pertama dicucuk untuk dibius, saya terbayangkan Palestine. Mereka kena cucuk dengan peluru, dengan bom, saya hanya dicucuk dengan jarum yang halus lagi tirus! Allahuakbar.

Maka kesakitan yang minor itu ditahan. Rasa macam mahu menjerit. Allah tolong!

Sungguh percikan darah yang mengalir tadi mengingatkan saya pada Gaza. Mereka cukup hebat diuji ALlah. Dan mereka buktikan mereka masih kuat berdiri! Subhanallah.

Lalu apa sangatlah pada kesakitan yang sedikit ini. Walaupun mulut bengkak untuk beberapa hari ini, walau tak boleh makan yang best untuk beberapa hari ini, syukurlah dengan rasa sakit yang Allah beri.

Mereka berlumba-lumba mengejar syahid, memburu syurga. Kita?

No comments: