Bersama kita melangkah

Thursday, April 30, 2009

Aayah to ponder...




"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" [as-saff:2]



"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya" [as-saff:3]

Diingatkan bahawa manusia merupakan makhluk Allah yang sangatlah pelupa. Maka ingatkanlah diri sendiri dan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Fikirkanlah, dambaan syurga bukan hanya untuk kita seorang, orang lain juga mengimpikannya. Malah akan disoal mengapa tidak mengingatkan antara sama lain kelak. Mahukah kita?

Hanya orang bertakwa, yang bersaudara kerana Allah, dan bercinta keranaNya, persaudaraan dan kasih sayangnya itu mampu menghantarnya ke syurga firdaus yang abadi. Tidak perlu merenangi lautan api, Allah pasti memudahkan urusannya sehingga ke hari perhitungan nanti.

Udzkurullah...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Ya Muqallibal Quluub, Thabbit Quluubana 'ala deenik,
Aishah Humayra'.
Muar, Johore.
Baity Jannaty.

No comments: