Bersama kita melangkah

Thursday, April 16, 2009

Go Foward everyone! InshaAllah....


Teruskan posting supaya dapat at least buat sesuatu yang bermanfaat. At the same time, attempting to clear my head so that i could perform better afterwards. Menulis adalah suatu bentuk motivasi. Juga sebagai ketukan di kotak hati sendiri dan mungkin juga sebagai booster kepada diri sendiri . 2, 3 hari ini saya berasa sangat penat. Penat Minda dan jasad. Adakah anda juga begitu?

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Ada tak orang yang bersyukur dengan kepenatan? Pasti ada - Orang yang merasa kepenatannya berbaloi. Yang gembira dengan apa yang dilakukan, meskipun penat. Dan ada juga yang merasa tidak penat langsung selepas buat sesuatu. Er, tapi pernah ke kalau buat sesuatu tak penat? Hakikatnya.. apabila anda penat, anda tahu yang anda sedang melakukan sesuatu.

Dengan kepenatan berbuat yang sepatutnya, in exchange, anda akan dapat something yang berharga iaitu pengalaman, kesusahan yang menginsafkan, keterbukaan minda, keluasan fikiran, dan yang terbaik pula pastilah ganjaran daripada Allah.


Sungguh, Orang yang mahu akan sanggup berbuat apa sahaja meskipun sukar dan perlu mengerah tenaga yang banyak. Tapi do make sure dengan setiap kepenatan, ada sesuatu yang kita dapat - yang ini mmg kena determine sendiri, orang lain tak boleh tolong.


Caranya mudah sangat. Mulakan dengan niat yang betul, teruskan dengan perlaksanaan yang syar'ie. Lepas tu jangan menyimpang2 ke tempat lain. Maintain sampai habis pekerjaan, although biasanya pengakhiran sesuatu kerja itu menandakan kemunculan banyak lagi kerja baru.


Setiap benda yang hebat dan memuaskan perlu dibayar dgn kepenatan - kalau nak capailah. Kalau tak, silakan goyang kaki. Lagi besar sesuatu itu, lagi penatlah mengusahakannya. Kadang2-kadang perit juga. Tapi itulah realiti kalau berpijak di bumi nyata - Hidup di dunia memang memenatkan. Penat engineer lain, doctor lain, cikgu lain. Betul tak?

Worthwhile-lah kalau pengakhirannya nanti Allah ganti degan syurga.
Yang syoknya tentang kepenatan, berjenuh & berlelahlah teruk mana pun anda hari ini, esok lusa dah tak rasa. Seseorang itu pasti dapat balik apa yang dia tanam. Kalau elok yang disemai, hasilnya enak dinikmati. Kalau tak sedap, jawab sendiri. Jangan jadi seorg yang terlalu sangat bersenang-lenang tetapi kemudiannya, malu sendiri kerana di depan Allah, tak ada apa yang nak dipersembahkan sebagai 'buah tangan'. Akhir sekali, mari renung:

"Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia). Adapun orang yang diberikan menerima kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata dengan sesalnya: Alangkah baiknya jika kitabku ini tidak diberikan kepadaku "(al-Haqqah:24 dan 25)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Press foward and foward to the LIGHT of Allah,
Aishah Humayra'.
Daar el-Ma'mur.
Penat jangan sekadar penat, penatlah berfalsafah.

4 comments:

lampu bersinar said...

kak aishah buat keja sampai xtdo mlm...hoho...

spjg mggu nie tdo xtutup lampu kan?...nmpak dr bilik saya....

Humayra' said...

erk? oooo...mengintai bilik akak ye....

xdela xtdo lgsung, tdo bkn seawal mcm biasa la...hoho

anyway, siapa ni ye?

nad comel said...

sape lampu bersinar?
sy sgt bersetuju dgn lampu bersinar..
kak ecah study...
kuat btul study...
go go kak ecah...

Humayra' said...

ehem nad...nak cakap org eh...dia tu tdo pn ngn laptop...lagiiii kuat study....heheh...

yeah! fpm da siap alhamdulillah...esok merdekaaaa...luse g bookfair tau!

erk, u know wut my rumate kat blk tv now...wah, kmah msih smpat tgk tv..