Bersama kita melangkah

Wednesday, April 8, 2009

(Ummul furqan) الفا تحة

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Habit untuk update blog ini memang sukar untuk dikikis. Huk2. Kenapa ye? Sedangkan sebelah laptop saya "terbaring" sebuah buku PKK (Perkembangan Kanak-kanak) yang telah tersedia untuk ditaip ke dalam Word. Mungkinkah sebab internet hanya dihujung jari? Huhu.

Bukan apa, tiba-tiba teringat dekat seorang "anak murid" (tak officially jadi cikgu lagi ni) yang bernama Anaqi. Masa mengajar kelas iqra' haritu, dia tak datang. So, saya rindulah dia panggil saya "Ustazah Cah" (dengan gaya tersendiri yang cumil, kan kiah?).

Saya teringat cara dia baca al-fatihah, masa tasmi'. Bersungguh-sungguh. Walaupun pelat. Umur baru 6 tahun, no wonder. Tapi saya suka tengok cara dia yang bersungguh-sungguh tu. Cumil!! (^_^)

Anyway, here's the link for
Quran School [online]. Alangkah bagusnya kalau Qur'an itu sentiasa dekat di hati kita! It makes me wonder..

Ada tak walau satu pun lagu di muka bumi ini yang boleh menandingi Qur'an as a source of inspiration?

If we think we are moved more by listening to songs than to Qur'anic recitation, I think mesti ada skru yang longgar kat mana-mana. Hati sudah dicaptured oleh benda lain.


Padahal Qur'an itu sudah lengkap kehebatannya. Baca Al-Fatihah paling kurang 17 kali sehari semalam dalam solat pun tak pernah ia lapuk atau basi -

Tak pernah pula rasa bosan as in saying "
tak nak la mula dengan al-fatihah lagi. asyik bace al-fatihah je..".

Sungguh, tak pernah jemu baca surah yang satu itu. Sama juga halnya dengan surah-surah yang lain. Setiap kali membaca (baca:
dengan penuh penghayatan), setiap kali itu juga terasa 'dibasuh'.

Basuh bagi bersih. Kalau nak bersih kena basuh bersungguh-sungguh. Jangan dibiar hati hitam dan berkarat Kerana itu tanda hati sakit atau dalam kata lain, tak sihat.


Sebenarnya tidak susah untuk mendekatkan diri dengan Qur'an. Itupun kalau kita sanggup untuk sentiasa mendekatinya. Tak susah kan?

Kalau rasa-rasa tak rajin baca kalamullah, mulakan dgn mendengar dulu pun jadilah.

Tambahan ini zaman moden. Memasukkan qur'anic recitations dalam mp3 atau mp4 atau ipod nano dan lain-lain itu cumalah a few clicks away. Dan yang penting, Allah suka!

Kalau masih rasa tak cukup 'ummph', boleh cari dan download recitations daripada Qari yang sedap didengar bacaannya pada telinga kita contohnya bacaan syeikh Misyari ke, Sudais ke betul tak? Mari berusaha!
Allahummarhamna bil Qur'aan...

Er, sebelum itu, bila kita refleksi diri sendiri balik kan...

Pernah tak kita perbetul bacaan al-fatihah kita?

Makhraj hurufnya?

Qalqalahnya?(jika ada)

Panjang pendeknya?

Tajwidnya?


Pernah tasmi' atau perbetulkan dengan orang yang lebih 'arif?

Dengan syeikh, Ustaz, Ustazah, Naqib, Naqibah atau orang-orang yang lebih 'arif?

Pernah tasmi'?

"Dan berimanlah kamu kepada apa (al-Qur'an) yang telah aku turunkan yang membenarkan (Taurat) yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadaNYa. Janganlah kamu jual ayat-ayat-KU dengan harga murah, dan bertakwalah hanya kepadaKU". (al-Baqarah : 41)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hasbiyallah wa ni'mal wakeel,
Aishah Humayra'.
Daar El-ma'mur.
Er, orang johor cuti hari ini, sama macam saya.
Tapi kenapa? Sebab kelas semua cancelled hari ni. (^_^)

2 comments:

suke said...

anaqi, anaqi, anaqi...comel!

weekend ni nak kacau dia time ngaja...akak jgn jeles...akak kan balik umah mggu ni...yeye

Humayra' said...

xpe...minggu depan akk cop dia pulak...haha~