Bersama kita melangkah

Tuesday, April 7, 2009

That the truth has a tongue


"Nad, assignment kita ni kena letak bibliografi ke?''
"Eh, mestilah Khalillah sebab kan kita dah amik quotation daripada mereka."
"Oh, tak boleh eh kita copy paste je, tak payah letak rujukan."
"Kesian dema penat-penat buat buku, kita buat bibliografi tanda "minta izin" sebagai bukti ada rujukan. Lagipun untuk menentukan kesahihan sumber tu. Betul tak?"
"Ha~ betul-betul..."
(Er, baiknya watak di atas kan? Mereka memang baik pun kan?) (^_^)

Situasi di atas merupakan antara realiti yang berlaku kini. Apa kaitan situasi di atas dengan tajuk Hadith Maudu' di dalam post kali ini?

Lewat zaman ini, budaya "foward mengfoward" atau "copy-mengcopy" (bukan copy cat ye Khalillah) semakin menjadi satu fenomena biasa di kalangan kita. Menulis sesuatu di dalam blog atau buku, atau menaip assignment seringkali tidak dinyatakan sumber asalnya dari mana.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Muta'akhir ini juga, blogs "Islami" muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Klik sahaja URL atau address yang tertentu pasti akan terbit halaman blog "Islami" yang pelbagai.

Tetapi ramai di antara kita kebanyakannya terlepas pandang kerana terlalu asyik menulis post atau entry, kita jarang atau sedikit sekali meletakkan sumber yang sah atau sepatutnya apabila menulis sesuatu.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah penulisan ilmiah ataupun penulisan tentang sesuatu yang bersifat hukum syar'ie, ayat al-Qur'an atau hadith yang sangat-sangat perlu ditekankan tentang dari mana datangnya sumber tersebut, matan hadith tersebut, perawi hadithnya dan ayat al-Qur'an daripada surah apa dan ayat berapa serta kata-kata daripada para sahabat dan ulama' juga, perlu diletakkan sumber daripada mana ia didapatkan. Inilah antara perkara-perkara yang kebanyakan antara kita terlepas pandang.

Bukan kerana apa, bimbang apa yang kita coretkan kepada umum itu sebenarnya palsu atau pun maudu' tetapi menjadi ikutan atau qudwah kepada orang yang membaca.

Tetapi ia akan menjadi berbeza jika kita meletakkan sumbernya kerana kesahihan tentang ayat al-Qur'an atau hadith itu lebih sahih dan benar dan perasaan yaqin itu akan tumbuh subur.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sejarah lahirnya Hadith Maudu'.

Fenomena Hadith Palsu atau Maudu' ini sebenarnya tidak berlaku pada zaman Rasulullah kerana ar-Rasul bertindak tegas untuk membendung gejala buruk tersebut dan pada waktu itu juga umat Islam belum menghadapi banyak masalah dan tidak berpecah belah.

Antara lainnya, pada waktu itu, wahyu masih diturunkan. Oleh itu, jika pemalsuan al-Qur'an dan wahyu berlaku, Nabi s.a.w dapat menyekat Hadith Palsu tersebut dengan segera.

Menurut pendapat ahli sejarah, bermulanya kelahiran hadith Maudu' ini ialah setelah tercetusnya fitnah atau pertelingkahan antara Ali dan Mu'awiyah.

Mereka yang mula-mula yang melibatkan diri dengan hadith palsu ini ialah golongan syi'ah. Hal ini dibuktikan dengan pengakuan oleh Ibn Abu al-Hadid yang merupakan seorang Syi'ah yang terkenal di mana beliau berkata:"Yang memulakan pendustaan terhadap hadith-hadith Nabi ialah golongan Syi'ah."
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Apa erti Hadith Maudu'?

Dari sudut lughah: Jatuh atau rendah.
Dari sudut istilah:
  • Hadith yang diriwayatkan oleh perawi dusta.
  • Khabar direka-reka dan disandarkan kepada Nabi s.a.w atau Sahabat atau tabi'in secara dusta kerana ada muslihat tertentu.
  • Hadith dicipta dengan menisbahkan kepada Nabi sama ada pendustaan itu berlaku secara sengaja atau tidak.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bagaimana mengenal Hadith Maudu'?

Hadith Maudu' boleh dikesan walaupun tanpa mempelajari dan mendalami sanad atau isnadnya dengan terperinci. Terdapat dua tanda bagi mengenal hadith tersebut palsu atau tidak iaitu:
  • Tanda-tanda kepalsuan pada sanad.
  1. Perawi berkaitan mengaku pemalsuan yang dilakukan pada hadith contohnya: Abd Karim b. Abu al-'Awja' yang terbunuh pada tahun 160 H telah mengaku mencipta hadith Maudu' seperti yang dapat dipetik daripada kata-katanya"Demi Allah, aku telah mencipta sebanyak 4000 buah hadith yang mana ianya berkaitan mengharamkan perkara syarak yang halal dan menghalalkan perkara syarak yang haram."
  2. Pereka hadith maudu' tidak pernah hidup sezaman atau tidak pernah pernah bertemu atau tidak pernah pergi ke tempat hadith tersebut diambil.
  3. Sikap atau perawi juga merupakan tanda kepalsuan pada sanad.
  • Tanda-tanda kepalsuan pada matan.
  1. Gaya bahasa yang lemah.
  2. Menunjukkan erti yang tidak betul dan menyalahi 'aqal yang waras bahkan ia tidak dapat dita'wilkan.
  3. Menunjukkan percanggahan dengan syari'ah.
  4. Bercanggah dengan bidang perubatan dan kedoktoran contohnya "Memakan ikan boleh melemahkan badan."
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hukum Ber'amal?
  1. Haram meriwayatkan hadith Maudu' jika mengetahui kepalsuannya.
  2. Haram dijadikan ia sebagai hujjah atau dalil syara' sepertimana mafhum daripada hadith ini
"Barangsiapa yang meriwayatkan daripadaku dengan sesuatu hadith dan didapati ianya palsu, maka ia adalah salah seorang daripada orang yang berdusta"
(Hadith Sahih Riwayah Muslim)


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Maka, sebelum kita tergolong daripada penulis yang seperti dinyatakan di dalam hadith di atas, wajarlah kita berjaga-jaga dalam meletakkan sumber selepas ini kerana bimbang apa yang kita tuliskan itu sebenarnya palsu dan dusta belaka.

Ingin ditekankan juga di sini bahawa jika hendak menulis tentang cerita para Rasul atau Ulama' terdahulu.

Wajib juga mengetahui kesahihan sumber ceritanya kerana bimbang ia mungkin mengandungi unsur-unsur Israilliyats yang sememangnya kita sangat-sangat terlepas pandang sebenarnya.


Sesungguhnya, penulis yang bijak dan cemerlang ialah penulis yang sangat menitikberatkan dari mana datangnya sumber penulisannya dan memastikan kesahihannya dahulu sebelum "meletakkan" atau "mempamerkannya" di hadapan umum.

Bukan hanya
"foward mengfoward" atau "copy-mengcopy" semata-mata.

Itulah dia sebenarnya ciri-ciri penulis yang cemerlang dan bijaksana. So, please be alert lepas ini.

Nasihat untuk diri sendiri juga! Jika anda mendapati hasil penulisan diri ini juga seperti syubbahah sahaja sumbernya, tegur sahaja ok!(^_^) Wallahua'lam.


Sumber: Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, (2005) Pengantar Ulum Hadith (Edisi Kedua), Pustaka Salam

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

P/s- Tribute to siapa-siapa yang ana pernah terambil/terpinjam ayatnya yang best dan dengan selambenyer meletakkannya di dalam blog sendiri tanpa meminta izin, ana minta maaf ye. Tiada niat yang lain, moga apa yang dicoretkan oleh entum dan entunna semua berterusan memberi 'ibrah kepada orang yang membacanya. Asiif again!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

What U see is what U get, Who're determines how U see,
Aishah Humayra'.
Daar El-Ma'mur.
Bumi Fana', Pahang

2 comments:

nad comel said...

assalamualaikum ya ukhti...
ana sememangnye seorang yg baik...
spt yg dinyatakan oleh enti...
syukran...
hehehehe.... ^_^
tp jgn la terlalu memuji sy...
kak, sy ade ssuatu utk akk...

"nad, g kafe nt blnja"

tp nad x menjawab...
balik dr kafe, humayra mdpt air yg dbelanja oleh>>>khalillah..
maksudnye nad x la baik sgt...
hehehe
pe kaitan...

pape pun entry yg bgs...
blh refresh ckit sbjk yg blaja mase foundation ari tu...
;)

Humayra' said...

haha...siapa yg mencadangkan idea blnja teh ais tu?? akak xcakap pn nk teh ais, hati akak mengharapkan air lain...haha...gurau2!

apepun, korg mmg baik...(^_^).jazakillah..

btw, tau xpe...rasa sem ni seperti tiada pengisian sgt mcm sem lepas kan...sem ni byk blaja pedagogi...hurm2...

mendokong misi visi IPG???hoho(apa kaitan?)