Bersama kita melangkah

Friday, April 24, 2009

Bicara tanpa suara, hanya tulisan bahasa indah...



Bismillah.
Assalamu'alaykum people.(^_^)
First of all, Alhamdulillah ya Allah, it has been a great day for me today. Sooo much Alhamdulillah! Sebab apa? Sebab semua portfolio dah dihantar.

Tinggal nak final imtihan pertengahan Mei nanti dan terus cuti semester! Anyway, it’s been quite some time, tak menulis di sini.Er, baru seminggu lebih je kan actually.

Sebenarnya, baru sahaja lepas melayari sebuah blog. Ada suatu kelainan yang membuatkan saya tersekat untuk membaca isi- isi tulisan dalam blog tersebut. Entah bagaimana, terdetik dihati, "pandai betul attract people dengan tulisan kan".

Terasa insaf seketika dan dalam diam perasaan kagum itu terbit. Sekadar kagum, bukan obsess ye.


Ada orang, Allah kurniakan pandai menulis.

Ada orang Allah kurniakan pandai berkata-kata.
Dan ada juga orang, Allah ciptakan pandai kedua-duanya. Hebat bukan Allah?
Anda rasa anda yang mana?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya. "Rasa-rasa penulis blog ni kan, sama tak akhlak dia dengan apa yang mereka tuliskan tu?"

Er, saya terdiam. Bukan tiada jawapan tetapi minda sedang ligat mencari jawapan. Memang ianya pernah terlintas dalam fikiran saya. Apakah pemilik blog itu seperti apa yang ditulisnya. Kalau ya, bagaimana kita hendak tahu?

Tapi sebenarnya pening juga hendak menjawab. Perlukah untuk kita tahu apa sebenarnya ‘akhlak’ pemilik blog tertentu? Atau sekadar menginsafi dan mengambil 'ibrah daripada apa yang disampaikan oleh mereka.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Begini. Saya memandang ia dari dua sudut. Pertama, dari kaca mata seorang pembaca blog, tentang apa yang sepatutnya dia fikirkan selepas membaca. Kedua, dari kaca mata penulis dan pemilik blog itu sendiri, apakah liabilti yang akan ditanggungmya. Ia semestinya berbeza!

Namun, saya cuba menyusun pandangan, pandangan daripada seorang yang bukan mujtahid. Hanya sebagai zonni (pandangan), bukan dalil qat'ie.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lihatlah pada apa yang dikata.

Seorang sahabat pernah berkata kepada saya, "Kalau mendengar ceramah, atau membaca sesuatu benda yang baik, tetapi tidak mengenalinya, cukuplah sekadar kita melihat apa yang diperkatakannya atau dituliskan supaya tidak timbul perasaan su'uzzon.

Lihatlah pada kebaikan yang diperkatakan oleh mereka, usah lihat kepada orang yang berkata at
au orang yang menulis itu.."

Ya, memang benar, pernah juga ’terserempak’ dengan pemilik-pemilik blog yang tidak seperti apa yang ditulisnya. Tidak perlu pergi jauh, walau saya sendiri juga
bukanlah yang sempurna seperti apa yang saya tintakan di blog.

Nama pun manusia, keterlupaan dan tidak perasan itu menyebabkan hilang kepercayaan orang pada ap
a yang kita tulis.

Namun, bila difikir-fikirkan kembali, jika kita asyik memberatkan fikiran memikirkan perihal penulis blog, men"judge" mereka sentiasa, mungkin anda tidak dapat mereguk hikmah dan ilmu yang dicoretkan di blognya, tidak dapat mencari mutiara yang "terselit" di blog mereka. Betul tak?
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tetapi bagi saya, ada satu petanda untuk kita rasai ’akhlak’ sebuah tulisan yang terbias daripada akhlak penulisnya. Pendapat sahaja.


Hanya tulisan yang "beriman" akan menyentuh iman seseorang. Jika kalian membaca dengan hati, kalian pasti merasakannya.

Jika sekadar membaca dengan mata, mungkin ia dirasakan sekali lalu dan tiada apa-apa. inshaAllah, berkat sebuah tulisan itu datangnya dari
berkat Allah kepada penulisnya.

Simptomnya adalah, mungkin ada mata yang bergenang ketika membaca tulisan tersebut, mungkin ada jiwa yang bergetar saat mengikuti baris-baris tulisannya, mungkin juga sentuhan tulisan penulis tersebut bisa membuat seseorang berubah kepada yang lebih baik.

Itulah barakah yang terfitrah dari tulisannya.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saya tauqidkan lagi....Ini adalah pesanan saya untuk diri sendiri dan bloggers yang dirahmati Allah sekalian...

Menulislah dengan ikhlas. Andai kita menulis dengan iman, maka iman itu akan mengalir pada segenap baris-baris ayat yang kita tintakan. Iman tidak boleh ditipu. Bukan kuasa kita meletakkan iman itu pada sebuah tulisan.

Tetapi ia akan hadir dengan apa yang telah ada dalam hati. Tulisan yang ’ber’iman itulah yang akan menyentuh iman yang lain. Itulah sebuah tulisan yang ’berakhlak. Yang menghidupkan iman yang
lain.

Kadang-kadang, kita ini bersungguh-sungguh menulis. Mencari bait-bait kata yang dapat menyentuh jiwa. Menghampar dalil-dalil sebagai penyokong hujah.

Tulisannya tidak kurang panjang juga. Ada juga antara penulis blog ini punya motto ’madah-madah islami’ sebagai trademark setiap tulisannya.

Gayanya seperti seorang yang sangat islamis. Tetapi, hanya kerana tiada keberkatan pada tulisannya, yang sebenarnya jika diamati pun
ya seni tulisan yang sangat baik, tulisannya bagai terasa kontang dan kering.

Hanya sekadar ilmu yang menyapa seperti angin lalu, kemudian pergi begitu sahaja.


Hukumannya tidak tertangguh. Penulis yang berlagak baik dengan tulisannya, tidak sukar untuk Allah untuk membongkarkan apa akhlak sebenarnya. Ini kerana, apa yang kita tuliskan punya liabiliti. Bukan senang-senang hendak tulis.

Bukan seronok-sero
nok ada blog sendiri. Dalam islam tiada perkara yang main-main. Semuanya harus serius. Satu dua ayat yang ditulis pasti masuk akaun. Ya, kita tidak sempurna. Kadang-kadang kita terlupa apa yang kita sudah tuliskan sehingga ia menjadi fitnah pada diri sendiri.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jika kita menulis tentang menepati masa (punctuality), harus dibuktikan dengan iman. Jika kita menulis tentang solat jamaah, harus dibuktikan juga dengan iman.
Apatahlagi kalau kita hebat menulis tentang da'wah, itu kerja para nabi.

Lebih-lebih lagi wajib untuk kita buktikan dengan iman! Kita mengerti tentang apa yang kita tuliskan, tetapi hendak dibuktikan bagaimana?


"Mengapa menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri sedangkan kamu memabaca Kitab. Tidakkah kamu mengerti?" (Suurah al-Baqarah: 44)

Kita mungkin boleh menipu pembaca, tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri. Apatah lagi Allah. Banyak antara kita ini mahu membuktikan yang kita ini baik di hadapan manusia.

Padahal terlupa pula hendak buktikan ‘baik’ di depan Allah yang bahkan setiap perkatan yang terdetik hati dapat dibacaNya. Apalagi kalau akhlak yang kita cuba sembunyikan.


Jadi sekarang apa yang kita harus lakukan wahai bloggers sekalian? Sekarang, sila buka dan baca kembali entri-entri yang ditulis.

Buat
check and balance tentang akhlak yang dibawa samada sejajar dengan apa yang ditulis atau tidak.

Jangan delete entri tersebut jika dirasakan bertentangan dengan peribadi kita! Jadikan tulisan kita sebagai
Reminder untuk lebih menjaga akhlak.

Juga sebagai motivasi untuk lebih perbaiki diri. Ingat, jika kita mahu tulisan kita terkesan oleh pembaca, kita sendiri harus terkesan dengan apa yang kita tintakan. Wallahua'alam.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Masih dalam proses mengislah diri,
Aishah Humayra',
Daar el-Ma'mur.

4 comments:

Noorsyahida said...

salam...
nice, pndapat dan artikel yang bagus..

ikhlas memang tidak boleh dinilai. tapi pada sesiapa yang 'melihat' dengan mata hati, dapat merasai apa yang ingin disampaikan dan mentafsirkannya berdasarkan peribadi masing2..

benar, ada berkat dari Allah.. ada hidayah yang hadir walaupun melalui insan lain, walau hanya dengan satu dua bait tulisan..

moga kita menjadi asbab hidayah.. beruntungnya!

teruskan usaha... izinkan saya copy artikel ni..bagus untuk saya bermuhasabah selalu agar niat menulis sentiasa tidak tersasar..

semoga terus kekal dan istiqamah.. amin, sama2 islahkan diri.. =)

Mashizaki Keikan said...

Sesuatu yang ditulis dengan feel "beriman" pasti akan menyentuh hati yang beriman dan ingin kebaikan.

Kadang-kadang kita tulis untuk diri kita, tapi orang lain pun baca jugak. Kadang-kadang apa yang kita tulis adalah untuk menegur diri kita, tapi orang lain pun terasa macam ditegur jugak.

Apa-apa hal pun, kita sentiasa nak jadi dari kalangan ulul albab:
"Iaitu orang yang medengar kata-kata dan dia mengikuti yang terbaik" (Qur'an, x ingat ayat mana)

-Suka tulis something yang kita feel-

Humayra' said...

ila assyahida:

na'am, ikhlas adalah rahsia antara kita dgn Allah. Bahkan ikhlas juga yg membezakan kita dgn yg lain...

Tapi perlu diingat, Imam al-Ghazali pernah berkata:

"Semua manusia akn binasa kecuali bg mereka yg berilmu, semua org yg berilmu akan binasa melainkan mereka yg ber'amal, dan semua yg ber'amal akan binasa melainkan yg ikhlas. Namun org yg ikhlas pun berada di dalam bahaya yg besar"..renung2kan...(^_^)

erm, ambil lah artikel yg "kosong" shj ini. tak punya apa2...moga bermanfa'at!Menulislah selagi diizinkanNya...salam islah juga...:)

Humayra' said...

ila 'Ammar:

betul2, menulis sesuatu yg kita sendiri feel mmg ketara perbezaannya...kadang terasa melantun2 terkena batang hidung sendiri....tp sebenarnya itulah tazkiyatun nafs terbaik utk diri kita sendiri...

"actions speak louder than words"...al-'llmu bila 'amal ibarat pohon tanpa buah...

like you had said in ur blog, "Sepatutnya, kita bukan hanya bercakap-cakap atau bernasyid atau 'ber-ber' yang lain tentang cinta kepada Allah. Tetapi kita benar-benar menterjemahkan apa yang disebut, kepada bentuk AMAL yang benar-benar ikhlas"

sebab itu apa yg kita tintakan tu perlu parallel dgn diri kita...bukan hanya omong kosong shj...betul tak? moga kita sentiasa dipermudahkan...

anyway, menulislah selagi mampu!