Bersama kita melangkah

Tuesday, October 27, 2009

Equilibrium



Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Petang itu, terasa seperti ingin mentadabbur alam. Matahari senja semakin redup memancar. Hujan bercucuran yang datang acapkali beberapa hari kebelakangan ini mungkin sudah segan asyik bertandang.

Sesekali bayu bertiup lembut, bunyi-bunyi burung menyambut seruan alam.  Bebenang langit mula terlakar di dada langit, tanda senja bakal berakhir dan diganti dengan dingin malam yang dinanti.

Oh, bahasa alam memang puitis.

 $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sudah lama rasanya tidak mentadabbur bahasa alam. Bukan tidak mahu, tetapi mungkin gagal menemukan ruang-ruang waktu yang mampu menghanyutkan diri dalam keindahan panorama alam buana.

Saya terpaksa akur dengan peredaran masa yang sungguh radikal. Pagi hingga ke lewat petang dan kadangkala hingga ke malam fizikal ini tunduk kepada tuntutan terhadap pelajaran dan da'wah yang tercinta. Semakin lama, ia semakin mendesak. Semakin padat.

Hingga kadangakala terasa seperti kehilangan nafas yang panjang. Saya percaya kalian juga begitu, masa yang berlalu terasa amat singkat sekali. Keperluan dunyawi yang mendesak, dan kepatuhan pada ukhrawi yang dibimbangi. Bimbang 'amal yang bakal dihisab kelak.

Cuma petang ini, setelah sekian lama, saya berpeluang mendongak ke langit. Perilaku yang amat jarang sekali dapat dilakukan beberapa minggu lewat kebelakangan ini. Melihat langit yang tegar tidak bertiang, tetapi masih setia berdiri kerana patuh pada susun atur Illahi.

Melihat langit siang dan malam membuatkan kita mudah untuk memuhasabah diri. Mengira bintang-bintang yang banyak tidak terhitung, mungkin sama banyaknya dengan dosa yang kita tanggung. Allah. Allah. Allah. Faghfirlana.

Namun begitu, inilah keindahan alam yang tidak pernah gagal menyuntikkan dos penenang ke dalam jiwa ini.
 $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
 
Kadang-kadang, pernah tak duduk sejenak berfikir?

Pada suatu hari, kitaran hidup kita segalanya smooth sailing sahaja. Bangun seawal pagi untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Allah. Hati terasa begitu tenang dan gembira. Kemudian solat berjemaah full lima waktu di masjid atau paling tidak pun jama'ah bersama akhawat.

Tuturkata dan perbuatan dijaga agar bertepatan dengan kehendak syara'. Tiada ghibah, tiada tajassus, tiada gossip pada hari itu. Perkara yang melalaikan dihindari. Pendek kata, sungguh indah hari itu. Terasa complete. Terasa bahagia berada di dalam "equilibrium" ini.

Namun pada keesokkan harinya,

Terbangun lambat. Terlepas tahajjud. Hati menjadi resah. One thing led to another. Nak buat perkara sunat pun dah takdak semangat disebabkan kekesalan kerana terlalai dalam mengerjakan perkara wajib. Hari yang dilalui menjadi hambar. Terasa tertujah keluar dari ‘equilibrium’.

Pernah rasa? Futur yang kadangkala memekar di dalam jiwa dai'e. Sedih bukan?

 $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Jadi kena sayang-sayang sama al-Qur'an. Bawa ke mana-mana, baca bila punya senggang. Kalau ikut kewajipan seorang akh wa akhawat, perlu minima sejuz sehari. kalau tak mampu, bacalah semampunya.

Baca, dan renungi terjemahannya kerana nescaya di situ kamu kan jumpa ketenangannya.

Sebab kalau tengah down, futur, stress, kenalah baca al-Qur’an. Sebab 'ala bizikrillahi tathmainnal qulub. Hanya dengan mengingati allah jiwa jadi tenang.

Jadi, sayang-sayang qur’an selalu ya? Ubat sang dai'e dikala down, penghadang dikala virus-virus futur datang bertandang.

Allah teguhkan hati kami ya? Agar sentiasa menjadi batu-bata binaan yang kukuh.

 $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mahu jadi bunyanum marsuus,
Aishah Humayra',
Daar el-ma'mur,
8 ZulQa'edah 1430 Hijriyyah

1 comment:

nuRRul syafi_iZZan said...

ermmm..

betul tu..

suarah ke 13 ayat 28
dan surah al-anfal ayat 2..

ia begitu menggetarkan hati..
mengalirkan airmata .insyaAllah