Bersama kita melangkah

Sunday, October 11, 2009

Mengenali akhawat yang istimewa


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Pertemuan pertama kita sudah membibitkan untaian kasih sayang, ukhuwwah tak bertepi. Pertemuan pertama kita, masing-masing masih hingusan, masih keanak-anakkan, masih naif.

Tetapi itu dulu, suatu masa dahulu. Kini kita semakin membelah usia, semakin matang dalam berfikir, semakin dewasa, semakin berhikmah. And suprisingly, semakin lembut penuh keakhawatan. Lembut penuh ketegasan, bukan ciplakkan.

Keindahan yang hadir juga membuatku terkesima dan terduduk diam bertafakur. Keindahan pada tautan hati yang amat kukuh. Kehadiran kita saling melengkapi. Sama-sama memperbaiki diri dalam misi melengkap tangga maratib 'amal hingga ke tangga impian. Dengan izin Allah.

Keindahan yang selalu memberi ingatan kepada Allah. Membawa diri dari fidzulumaati ilannur...

Kini, diriku bukan hanya mengenali dirimu, tetapi Allah tautkan lagi kasih-sayang di antara akhawat-akhawat lain. Ada pada mereka yang baru seminit kukenali. Ada yang sudah lama, tetapi meraih semula bunga-bunga ukhuwwah itu.

Ada yang sekejap cuma ditinggalkan, ternyata tempoh masa itu, cukup-cukup menguji rasa hati dan apa yang diimani pada makna ukhuwwah itu.

Ada yang secara maya, tetapi seakan jasadnya berada di depan mata. Seolah-olah telah lama mengenali. Memujuk, meleraikan resah yang bermukim di hati. Berkongsi rasa tentang jalan yang dilalui. Ya, jalan yang susah dan panjang ini.

Kaget bukan? Mengapa hati kita terus bertaut erat?

Kita,
Dalam kesesakan masa dan belajar,
Masu'liyyah yang pelbagai,
Masyghuliyyah yang melambai,
Masih tetap bersama-sama mencari satu hakikat kebenaran yang hakiki,
Walaupun tahu,
Perjalanan ini jauh dan susah,
Namun tetap dekat di hati,
Agar menyentak mereka yang terlena?

"The youth are the spark of the fire" (HR Tirmidzi)

Either they shall burn the way or pave the way.

P/s1- Sangat-sangat sayang, sangat-sangat cinta. Akhawat2 yang sudah lama dan baru dikenali. Pernah bertemu jasad atau tidak. Walau di mana entunna berada sekarang. Diri jadi sangat rindu tika ini. Moga sentiasa tabah ya! Memecah rantai jahiliyyah, mereguk hikmah ukhuwwah dan da'wah. Rindu!

P/s2- Sang photographer yang setia, Cik Sap. Terima kasih ya? Nice shoot anyway. Huehhh. =)

P/s-3- Oh ye, Happy birthday to my lovely ex-roommate di KMJ, Nor Hazirah bt. Samsuri. Together we stand! Moga terus tabah ye!

Allah, berkati langkah kami yang kerdil ini ya?
Siti Noor Aishah Bt. Mahamood,
Nukilan khas buat sekalian akhawat! =)

16 comments:

nuRRul syafi_iZZan said...

insyaAllah kak..

moga tautan hati kite mampu mngkis smue masalah dgn izinNYA..

jom kita mngorak lngkah dgn lbh mntap pd tahun dpan ea kak..

takbir..Allahuakbar

nawrah said...

Alaaaa.... sweetnye. Thanks uti. Huhu. Miss 'sakat'ing you very much. ^_^. Doakan kite neh. Kite doakan kite same-same, aci tak. Thanks ecah, for everything. >_< Take care.

Tarhata Kiran said...

echah..... ana nak ...'nukilan khas buat Baizura'.... ada tak?

Humayra' said...

to fizan:
Moga menjadi ummah terjaga dari lena yg panjang. Ameen!

p/s- Akak pencen dah lah yang thn depan. =)

to nawrah:
Nawrahhh...! Rindunyer kat nawrah yg penyayang ni. JazakiLlah du'akan kita. my prayers are always with you. InshaAllah. kirim salam warga baytul mus'ab di sana.. =)

to Baizura a.k.a mantan kehormat KI:
Bingkisan untuk nti? hehe. Ana tak pandai berpuitis. tp mmg post ini khas utk nti jgk. =)

"sebenarnya gambaran bilamana makhluk2 ciptaan Allah sayang pada kita, adalah tanda bahawa Allah sayangkan seseorg hambanya. "

I like this quotation. just 4 u, ukhty habibaty.=)

never.lose.hope.in.Allah

Anonymous said...

ecah ni..suke wat aku tringt msia dan merindui mu..yucks hahaha

all da best for final!

Humayra' said...

Aha! muncul pun. pergi manaaaa weekend? daurah ke??

saja letak gambar memori masa makan cempedak kat tepi tasik utm haha~

tq mummy! du'akan ya! doa drp mak yg comel, solehah wa muslehah inshaAllah maqbul. huehhhh

- anak yang cumil tapi matured -

Tarhata Kiran said...

"sebenarnya gambaran bilamana makhluk2 ciptaan Allah sayang pada kita, adalah tanda bahawa Allah sayangkan seseorg hambanya. "

I like this quotation. just 4 u, ukhty habibaty.=)

jazakillah....

ana suka jugak dapat quot kat atas..:-)

sebab, ana selalu fikir... ana takut sekiranya manusia selalu menyanjung, tapi siapakah kita di pandangan Allah...

uhibbuki fillah...

"sahabat yang baik adalah, apabila kita bersamanya, akan mengingatkan kita kepada Allah.."

this quotation is for you..

Humayra' said...

Nikmat paling manis,
apabila Allah mentarbiyah kita dgn pelbagai ujian,
namun..
tautan ukhuwwah mampu berhadapan dgn sejuta kesulitan,
yang memberi suntikan semangat perjuangan.
Alirkan halawatul ukhuwwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati.
Ya Allah! peliharalah sahabatku, peliharalah ukhuwwah kami..

*hugs* =)

Tarhata Kiran said...

ameen....


ecah a.k.a anonymous:)

Humayra' said...

bai, anon? hoho. mana ada ana anon. kan appear je ni. btw, nasheed yang kita anta kat email pagi tadi dapat tak ek? jangan salah lirik lagi! huehhh =)

Tarhata said...

anon some where...never mind

dapat2.... jazakillah...:-)

nusaibah said...

ecahhh...lama gilerrrr x mengcomment. seboookk exam.. ni sneak time study baca blog kamuuuu.. huhuhuhuhuhu.. doakan kite berjaya dlm exammmm!!! (^_^)

gadis dr negeri bwh bayu said...

Ecah da pinky one! from the back dah dpt detect dah....sahabat yang baik tak? dari jauh dah kenai, dr blkg pun dpt detect? huehuehue

rindunyaaa

Humayra' said...

to Nusaibah:
Nusaibahhhh!! Lama juga tak nampak. sedang exam rupanya ek. Ma'attaufiq wannajah!

I.heart.u.nusaibah. heheu =)

to gadis dr negeri bwh bayu"
Waahhh! orang jauh dtg ziyarah ni. Nti memang sahabat yang baik. hehe. Ye eh dpt detect ana dr segenap angle?? Waahh. Hebatlah nti..haha~

missing.you.sabah.KK.Kundasang.Labuan. huehuehue

baLQis Zafira said...

puitisnye posting ecah kali ni...
wpun lame x jumpe ecah..bile bace ni jd rindu nk jumpe...hehe...

btw frenship forever k..!
salam ukhuwah....

Humayra' said...

zafirah..!!! apa khabar? Sehat tak? tulah, lama betul tak jumpa. Sejak bila ek, sejak jumpa kat UPM haritu kan.

Awak tak datang raya rumah kita pun masa konvoi dr n9 hrtu ehhhhh..hehe. takpo2 =)

rindu.nak.sakat.firah.kat.meja.belakang.kita.dalam.kelas.dulu2. heh~