Bersama kita melangkah

Wednesday, October 21, 2009

Sincere


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Ikhlas? A word that is always easier said than done. Kan?

Erti ikhlas itu ialah murni, bersih. Sesuatu benda itu kalau jenisnya sahaja, tidak bercampur jenis lain, dianggap benda itu bersih, murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain.

Begitulah kita beramal, berusaha dan berjuang seperti solat, puasa, zakat, naik haji, membaca Al Quran, berda'wah, belajar dan lain-lain, adalah kerana Allah Taala, kerana suruhan-Nya, kerana perintah-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan patuh kepada-Nya.

Jadi perkara yang kita buat itu, seperti contoh-contoh di atas kerana-Nya adalah satu, tujuannya satu, didorong oleh satu, iaitu Allah SWT. Demi untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain kerana Allah Taala.

Itulah yang dikatakan orang yang ikhlas, iaitu dia membuat kerja-kerja tadi kerana-Nya murni. Tujuannya bersih. Dorongan dari SATU iaitu Allah SWT.

Susah kan nak ber'amal dengan ikhlas? Ikhlas is very hard to jaga. Ada para Sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis. Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu.

Ikhlas itu sirr Allah. Tiada siapa pun yang tahu. Hatta malaikat sekalipun tidak mengetahui rahsia Allah itu. Apatah lagi tuan punya diri. Langsung tidak mengetahui status ikhlasnya.

Maka kita mesti berusaha untuk ikhlas. Kalau tiada ikhlas, takut futur dalam 'amalan, kendur dalam beribadah, tawar dalam berda'wah. Kita wajib sami'na wa 'athona bukan sami'na wa 'assoina.

Ikhlas itu sukar. Ikhlas itu payah. Ikhlas itu susah. Quantum ikhlas itu terletak pada hati. Maka berusaha dan berlapang dada lah!

Allah, ajari dan fahami kami tentang ikhlas ya? Thabit quluubana 'ala deenik.

Pesan Pakcik Hassan al-Banna:

“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan kamu menggugurkan buah kepada mereka”.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Mekarkan ikhlas dihatimu,
Aishah Humayra',
Daar el-ma'mur,
2 Dzulqaedah 1430 Hijriyyah.

4 comments:

hubahuba said...

ikhlas ke aku?

sila meluangkan masa memberi pandangan tentang program kita akan datang,mega reunion, 5 years after. bole tgk kat forum 2nd legacy.
http://2ndlegacy.unlimitedforum.com



ps: tatau la aku ikhlas ke x wat ni?

Anonymous said...

just the right time..jazkillah ukhti...

erk.xleh r.rase nk gelak je klo komen baik2 ngn ko cah hehehe

-sap-

nuRRul syafi_iZZan said...

ikhlaskan diri dalam ubudiah kepaadaNya..insyaAllah..

kawan slalu ingatkan ikhlas tu umpama smut hitam bjalan atas batu hitam di maalam yg glap ..

Humayra' said...

to anon: Erkk, sap. jgn gelak guling2 eh. Kenalah sap, kita kan dah 22 an. ops lupa orang tu bdk lompat. Lembut penuh keakhawatan. Takpe kan? =)pehh~ sap speaking arab seyhhh...huehhh

to fizan: Ustaz Tajuddin pun pernah bagi analogi semut tu masa akk sem2. hehe. Ikhlas itu sirr Allah. Berusahalah mempelajari erti ikhlas. mudah2an =)