Bersama kita melangkah

Saturday, October 31, 2009

Indahnya aturan Allah



Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Keyakinan adalah manifestasi aqidah. Sebagai seorang mu'min yang bertaqwa kepada Allah, hidup mestilah bertunjangkan keteguhan aqidah terhadap Allah. Setiap urusan dipertautkan kepada niat serta amalan yang diredhaiNYA.

Keyakinan terhadap keagungan, kekuasaan dan rahmat Allah menjadikan teras kekuatan bagi menggerakkan usaha mencapai matlamat murni. Pergantungan pada Allah akan menimbulkan rasa kehambaan di jiwa, sekaligus dapat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.


&&&&&&&&&&&&&&&&&

Isi kehidupan kita bukan dipejalkan oleh semangat dan hasrat semata-mata, sebaliknya berlangsung menurut batas syari'at yang ditentukan oleh Allah. Islam dijulang dan di'amalkan di dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Zaman globalisasi ini penuh dengan hawa nafsu (al-hawa'), permusuhan, sengketa, pertelingkahan dan perbezaan pendapat. Zaman di mana manusia sukar membuat keputusan, susah membuat pilihan.

Maka ar-rasul yang mulia telah mengatakan bahawa apabila orang mu'min mempunyai sebarang urusan, maka solatlah dua rakaat yakni SOLAT ISTIKHARAH dan berdu'alah kepada Allah. [Sahih al-Bukhari]

Solat istikharah ini sudah menjadi amalan RasuluLlah. Solat istikharah sesungguhnya membawa penjelasan. Di dalamnya terdapat perintah dan larangan, tuntutan dan petunjuk.

Sepatutnya, umat Islam pada zaman sekarang lebih menitikberatkan solat istikharah dalam membuat pilihan kerana kita hidup di zaman yang penuh dugaan, yang menjadikan manusia sering kebingungan, malah kehilangan arah.

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Beautiful isn't it? Bila tengah pening-pening tidak tahu which course of action to take, performing the istikharah would certainly do wonders inshaAllah. Istikharah benar-benar mendidik jiwa to place our trust in ALlah.

Unfortunately, there are some misconceptions that people have about the istikharah prayer that cause them to miss out on some of benefits that the prayer has to offer.

First, some people think that the istikharah prayer is prescribed only for a limit set of actions like marriage and travel. It is a common right? Bila rasa nak kahwin, nak tahu tentang jodoh, siapa bakal zauj/ zaujah, baru kita sibuk-sibuk nak solat istikharah.

Ana tak kata tak perlu istikharah untuk itu, tetapi bukan hanya untuk itu kita istikharah. Kerana ar-rasul sangat mementingkan istikharah. Every single thing and action, nabi akan istikharah to make a decision. See?

The misconception of istikharah leads people to avoid praying istikharah on many ocassions where it would benefit them to do so. Solat istikharah sebenarnya penting untuk SEMUA decisions yang kita nak buat.

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Lagi? Apa lagi kekeliruan tentang istikharah?

"Zu, tahu tak malam tadi ana mimpi muka bakal zauj ana."

Another common misconception is that a person who offers the istikharah is supposed to have a DREAM that night revealing the correct decision.

We tend to think that only "sign" of istikharah is through dreams. So, many would wait for a dream to appear like some sort of divine revelation or something.

However, there is absolutely no basis for this idea. What we are supposed to do after entreating Allah with the istikharah prayer is to put our trust in Allah and go forward.

If we have a dream telling us what to do, that is good and well and we can benefit from our dream. However we should not expect to have such a dream and we should certainly not wait for it.

Sebenarnya, selepas istikharah, banyak lagi tanda-tanda yang boleh kita dapat. If the thing is right for you, you will notice that everything run rather smoothly. Allah will make it easy for you.

If not, then you will find hindrances along the way. So you just proceed the istikharah dan percayalah pada akhirnya, Allah akan memberikan yang terbaik untukmu.

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Apa yang penting? Put our trust in Allah. Yes, Allah only. No worries, InshaAllah khayr! =)

Selamat beristikharah dalam apa jua keputusan yang ingin kita lakukan. Istikharah sangat menguji tahap kebergantungan kita pada Allah. Redha atau tidak kita selepas Allah memberi "keputusan" kepada kita dan di sini akan lahirlah?

Ikhlas, ikhlas, ikhlas...

Sumber: Keajaiban Solat Istikaharah by Haji Abdul Rahman b. Mohd Adil

P/s- Minta maaf sebab merojak bahasa. Hehu. Tak kisah lah bahasa apa pun, semua Allah punya kan? =)

&&&&&&&&&&&&&&&&&
Mencari inspirasi Sumayyah, Fathimah dan Khansaa',
Aishah Humayra',
12 Dzulqa'edah 1430 Hijriyyah
Daar el-ma'mur 

1 comment:

nuRRul syafi_iZZan said...

insyaAllah kak

begitu keliru kdg2 kan hdup ni..ea la hdup ni ada cbrnnya..

mg kiter sume x trgelincir dr landasan..insyaAllah..amin