Bersama kita melangkah

Sunday, October 18, 2009

Lagi Tips Tarbiyyatul Awlad

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Kadang-kadang bila berbual-bual dengan ibu, tak perasan pun sebenarnya perbualan kami itu sudah bersifat kedewasaan. Rasa macam masih kanak-kanak. Erkkk. Kadang-kadang baru tersedar, eh I'm 22 years old already!

Dan saya menyedari bahawa perbincangan yang paling terkesan di hati bukan semasa sesi-sesi khusus. Bukan tika kami tilawah atau solat jama'ah dan sebagainya, tetapi sewaktu dalam kereta, bersembang-sembang. Sewaktu masak, makan, bercerita-cerita. Waktu-waktu santai.

Bila sudah semakin dewasa ini, banyak nasihat-nasihat dan tips berguna yang cuba ibu kongsikan:

"Aishah, mendidik anak ni kan kena SABAR. Selagi anak tak "membesar", selagi itu kena terus didik dan didik. Tak boleh semberono sahaja didik selagi dia belum membesar."

"Sebab itu da'wah ini balasannya syurga. Ganjarannya besar. Ia hanya untuk manusia berjiwa besar".

"Pernah ibu suruh along buat something yang along belum faham?."

Itulah seorang ibu, seorang murabbi, penuh hikmah dan kesabaran. Naqibah terbaik buat anak-anak.

"Sabarlah, tugas kita kan mendidik, bukan make sure mereka membesar menjadi tin kosong. Ini bukan sahaja tarbiyyah untuk mereka, malah untuk along, supaya along bersabar especially bila dah ada anak sendiri nanti, InshaAllah."

"Ya ibu. Baikkk...!"

Terima kasih Baba ibu, for bringing me up.

Rabbighfirli waliwalidayya...

Bagi kami bertemu selama-lamanya di akhirat nanti ye Allah? Nak masuk syurga, dengan baba dan ibuku.

P/s1- Ingat senang ke ibubapa nak besarkan anak-anak supaya menjadi persis Usamah, Mus’ab, Muadz, Khansa’, Nusaibah, Khaulah, Sumayyah, Zaynab, Rumaisa’, Ruqayyah, Fathimah dan lain-lain? Bukan senangkan?

P/s2- Mari mula dari sekarang untuk belajar jadi parents yang baik. Sedar tak kita dah tua sebenarnya? Hueh. Hueh. Hueh. (But I'm serious! hehu)

- Anak manja Baba dan Ibu -
(Angah, sila jangan jealous) =)

7 comments:

Anonymous said...

The keyword is SABAR, rite? Moga uti akan jadi ibu yang baik satu hari nnt......insyaALLAH khair!hehe

Humayra' said...

Yes, SABAR. A word that is always easier said than done. Kan?

Apa-apa hal pun, ingatlah sabar itu cantik. Fasobrun jameel. Allah suka, takkan kita tak suka,kan? =)

Wa nti, selamat menjadi ibu yang baik juga satu hari nanti. InshaAllah khayr! =)

hubahuba said...

eeey kita da makin tua... macam x sedia jek...

Humayra' said...

errr..Bukan ko budak lompat ka? Sabar2 dulu. bagi 87's dulu. haha~

Btw, there are a lot of things that we need to learn and improve.

Perlu usaha gigih dlm membina generasi Qur'ani. generasi soleh wa musleh. InshaAllah!

hambaNya said...

dalam xsedar, kita sudah dewasa... dalam xsedar, kita sudah patut berfikiran lebih matang daRI biasa...
ecah, jika kesedaran sudah ada tapi cara xsebaik mana, salah kita untuk mencuba? mencuba untuk menjadi lebih baik dengan cara kita?
cara kita berbeda tapi tujuan kita sama...
xpe ke?

hubahuba said...

bukan usia fizikal tapi usia pemikiran lebih penting, bukankah begitu?

kalau harap umur sahaja 40 tahun tapi perangai budak2,
... [speechless]...
semoga allah bagi dia hidayah...

dapat tahu beberapa orang rakan sudah dan bakal melalui zaman perubahan... doakan kebahagian mereka :D
dunia dan akhirat...

Humayra' said...

to dayah: wahhh. Dayah dah ada blog baru ek? hehe. Btw, as long as cara itu masih mengikut sunnatuLlah, tidak melangkaui landasan, masih berpaksikan Islam. Boleh inshaAllah. Tapi, bukankah celupan Allah itu sebaik2 celupan? SibghataLlah. [al-Baqarah: 138]The best way is back to islam. Ok my dear? All the best. =)

to petol: pemikiran tentang Islam, Iman, ummah, bukan pemikiran yang bersifat carca merba. Dalam islam tiada yang tidak serius. islam bukan agama main2. Ia agama terpilih. And Hidayah itu milik Allah, berusahalah!

Erkkk, siapa yang nk bertukar status tu? tak tahu pun schoolmate ada yang nk kawen. Yang rancang2 adalah jugak dengar haritu. Apa2 pun, all the best to them. Allah yubaarik fikum. InshaAllah.