Bersama kita melangkah

Saturday, March 28, 2009

Lelaki itu...(My adorable father)



[University of Swansea UK in Mechanical Engineering]

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Entry kali ini, saya nak bercerita tentang lelaki kedua yang paling best dalam hidup saya selepas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W. Dialah ayah saya, Mahamood b. Sarjan. (^_^). Semua orang mengagumi ayah masing-masing, am I right? So do I.

Lelaki. Satu nama yang agak asing di dalam hidup saya. Makanya saya memandang golongan ini dengan pandangan yang asing. Tetapi tidaklah bermakna mereka ini makhluk asing dan tidaklah asing bagi lelaki menjadi lelaki. Saya juga memandang lelaki dengan pandangan yang tinggi.

[Pengantin baru]

Kerana apa?

Kerana para nabi dan rasul semuanya dari golongan lelaki. Para pemimpin juga, lebih afdhal terdiri daripada kalangan mereka. Lelaki, juga kurang dipengaruhi emosi. Lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih berat berbanding perempuan di mana ibu dan bapa masih menjadi tanggungjawab utama mereka selain memberi nafkah kepada zaujah dan anak-anak.

Saya ingat lagi semasa saya di standard six dahulu, semasa babah bertugas di pelantar minyak Petronas Terengganu yang memerlukan dia berulang-alik every weekend, KL-Terengganu, Terengganu-KL, pensil 2B saya pun babah tak sempat belikan tapi hanya sempat tinggalkan duit atas meja. Saya sangat kesian mengenangkan situasi "kelam-kabut" ayah saya dalam mencari nafkah untuk keluarga pada masa itu. Oh.

Lelaki juga keluar bekerja untuk mencari rezeki yang halal selain menjadi ketua nakhoda keluarga. Kalau kapten kapal hancur, anak-anak kapal akan punah lagi ranap. Lelaki, ketinggian egonya juga agak mengkagumkan (agak je, tak tau sangat pun sebenarnya).

"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) kerana mereka telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah daripada hartanya. Maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat kepada Allah dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah menjaga mereka". (an-Nisa' 34)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lelaki, lelaki dan lelaki. Banyak yang boleh cerita tentang lelaki. Dan saya sendiri sedang dalam proses mengkhatam dan men"digest" buku Men are from Mars and Women are from Venus. (Tributed to Cik Ain yang bagi pinjam buku ini, bagi pinjam lama sikit ok!) Sudah agak lama pinjam tapi habis-habis lagi. Oh.

Maka lelaki yang menjadi satu-satunya contoh dalam hidup saya selepas Nabi Muhammad S.A.W ialah ayah saya yang saya panggil "babah". Saya sangat mengaguminya. Jadi sangat berharap tidak akan berkenalan dengan mana-mana lelaki yang tidak sepatutnya. Cukuplah saya berkenalan dengan lelaki yang akan menjadi lelaki kedua dalam hidup saya. Tetapi saya tidak tahu siapa lelaki itu. Allah knows best.


[4th August 1986]

Andai mesin scanner atau photostate itu boleh meng"copy" lelaki sepertimana ayah saya, sudah lama saya melakukan sedemikian. Hoho. Jadinya saya masih mencari "lelaki jelmaan" seperti ayah saya. Oleh itu, berusahalah kita ke arah mengislah diri masing-masing supaya menjadi seorang yang soleh wa musleh dan solehah wa muslehah kerana apa? Kerana proses ini merupakan on going process. Boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. InshaAllah!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jadi, semalam 27th March 2009 bersamaan 30 Rabi'ul Awwal 1430 Hijriyyah merupakan birthday babah yang ke 48 tahun. So, we had a suprise for babah dalam pukul 6.30 p.m.


[mereka sweet kan?]

Semalam juga saya "menyelongkar" kabinet di bilik belakang untuk mencari gambar-gambar lama kami masa zaman kanak-kanak ribena dahulu. Comel ok. I really miss my childhood moments. Oh.


[1,2 and 3 of us]


[1,2,3 and 4 of us]


[5 and 6--completed--(^_^)]

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nak ambil quotation from seorang sahabat saya tentang mewujudkan bia'h solehah di kalangan ahli keluarga dan orang-orang di sekeliling kita,

"Sebenarnya kita yang kena berusaha untuk mewujudkan suasana tersebut dengan langkah yang penuh tersusun sehinggalah kita berjaya mencapai puncak dunia dengan deen ini".

Jadi saya harap suasana itu dapat diteruskan hingga? Hingga kita tidak tahu bila kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu tetapi apa yang penting kita kena sentiasa berusaha ke arah mewujudkan suasana itu dulu, kini, di masa hadapan dan selama-lamanya.

Terima kasih babah dan ibu di atas tarbiyyah dan bia'h solehah yang telah diberikan.

Kredit to my adik sepupu, er, Nisah, pinjam ayat sikit dekat atas-atas tu ek (about men) and tq for the post that you had done for both of our adik in your blog! (^_^)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

O Allah, let our hearts be firm only with your Guidence,
Aishah Humayra'.
Baity Jannaty.
Esok balik campus? Hoho.

6 comments:

menziarah said...

sooo lovey-doveyy family...hoh

Humayra' said...

terima kasih (^_^)

semua orang ada family yg penyayang kan? InshaAllah...

angah said...

comot seyh ko dlu2
hahahah

Humayra' said...

haha...ko pun sama je ok...(tudung oren yg senget)

angah, angah, angah...nak main basikal sama2 cm dulu..huhu

rindunyeeee...

angah said...

haha..
nnt lah..
kite teman kn anak2 kite plak men beskal same2.. ;))

Humayra' said...

erk,haha...hai ngah...lain mcm je sejak belajar anat nie...

byk subjek kekeluargaan ek?hoho~