
Katanya, "Ini Medan sebenar. Medan menguji kekuatan. Medan menilai kemampuan. Medan yang akan menentukan jauh mana kita berlari. Medan yang akan menyaksikan gagah mana mampu berdiri atas jalan ini. Inilah dia medan kami. Medan kita. Medan saya. Medan semua."
Wah. Bersemangatnya. Semoga kita tabah. Langkah awda baru bermula. Jarak memisahkan kita, namun hati kita sama. Saya kata padanya "langit kita warnanya merah menyala. Macam warna saga. Bukan lagi warna biru". Lantas, kami tersenyum.
Perkongsian hati antara sahabat dengan sahabat. Rindu kalian semua~
Saya akhiri titipan ini dengan firman Allah daripada surah al-Kahfi ayat 28:

Katanya lagi, "kita harus tabah. Selalu bersemangat macam dulu-dulu. Walaupun ujian tak kunjung henti sejak dari nafas pertama yang kita hirup di bumi ini. Macam-macam ada. Sampai rasa macam nak luntur rona semangat yang mewarnai jiwa."
Katanya lagi, "dunia ini medan ujian. Kalau tak diuji, jangan mimpilah untuk mengecap nikmat Jannah. Dalam Kitab Ulung bukankah semua cerita-ceriti berkisar tentang ujian-ujian untuk ke Jannah? Bergembiralah atas nikmat ujian. Usah mengeluh. Kerja sajalah kuat-kuat, mana tahu ini hari terakhir menikmati ujian Allah?"
Wah. Bersemangatnya. Semoga kita tabah. Langkah awda baru bermula. Jarak memisahkan kita, namun hati kita sama. Saya kata padanya "langit kita warnanya merah menyala. Macam warna saga. Bukan lagi warna biru". Lantas, kami tersenyum.
Perkongsian hati antara sahabat dengan sahabat. Rindu kalian semua~
Saya akhiri titipan ini dengan firman Allah daripada surah al-Kahfi ayat 28:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Qur'an serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
One step ahead!
Aishah Humayra'.
Daar el-Ma'mur.
No comments:
Post a Comment