Bersama kita melangkah

Friday, May 29, 2009

Menghafal Nama



Er, Siapa nama awak tadi ek?
Panjang sangat, lupa pulak akak.

Tengku Adriana Batrisyya Bt. Jamil

Oh, ok. Wah, panjang betul ye nama mak ayah
bagi.
(Contoh)

Bismillah.
Assalamu'alykum.
Pagi tadi, selepas pergi satu folder ke satu folder. Teringat satu "buku" yang belum berapa nak digest. Baru baca-baca sebelum final hari tu dan baru nak share something kat sini tentang satu tajuk yang best dalam buku itu, "Menghafal Nama".

Okay, sebelum tu, terima kasihlah kepada Sap sebab bagi saya "buku" itu, heheh. Buku Jalan ke hati by Abbas 'As-sisi. Saya rasa ramai dah baca buku ini kan. Bagus. Bagus.

Well, saya nak bawa situasi menghafal nama dalam situasi usrah. Maca
m di sana, setiap tahun yang baru atau lebih tepat bermulanya semester baru, kumpulan usrah akan bertukar. Means, setiap naqibah akan mendapat kakak atau adik usrah yang baru.

Jadi tugasan pertama para naqibats ialah menghafal nama. Itu bagi yang betul-betul tidak kenal, atau bagi mereka yang betul-betul ahli baru mendaftar usrah. Kalau
yang switch anak usrah, biasanya sudah kenal, cuma kena tauqidkan lagi je kan. (^_^)

Teringat ketika saat mula-mula memegang usrah seawal melangkah ke semester tiga. Saya amati setiap seorang mad’u yang rata-rata
nya lebih tua daripada saya.

Berdebar rasanya apabila berhadapan dengan orang yang lebih awal makan garam. Saya akui, ketika membuat persediaan untuk usrah buat kali pertama, bermacam-macam persediaan dilakukan.


Untuk sesi tilawah dan tadabbur sahaja, saya meng
ambil masa yang lama untuk menggali isi-isi Al Quran berpandukan rujukan dan memerah otak untuk menyampaikan perkongsian dalam konteks yang lebih segar dan bernas. Mengapa saya begitu nervous? Kerana mungkin berhadapan dengan mad’u yang lebih matang dan mempunyai sejarah tersendiri yang perlu saya fahami dan dekati dengan cara tertentu.


Kadangkala, rasa cemas tidak segan-segan datang mencucuk tatkala mengenangkan betapa mad’u kali ini mempunyai pemikiran yang kritis dan sangat responsif.

Jujur saya katakan, jika hendak bandingkan kapasiti persediaan pengisian yang akan dipersembahkan untuk mad’u , kapasiti persediaan untuk golongan kakak-kakak ini melebihi berganda-ganda daripada adik-adik.

Bukan untuk memandang rendah terhadap tahap penerimaan adik-adik, tetapi pengalaman lalu banyak mengajar selok belok psikologi penerimaan golongan adik-adik berbanding golongan kakak-kakak.


People don’t care how much you know, until they know how much you care.

Jadi, diri ini selalu berazam dan berfikir, macam mana ye nak tarik hati kakak-kakak ni. Pada suatu malam itulah, saya ingat lagi, lepas sahabat saya bagi "buku" Jalan ke hati ini, saya rasa mengahafal nama merupakan salah satu jalan terbaik untuk saya menarik hati mereka, kakak-kakak seusrah.

Walaupun mereka tiga orang sahaja (paling ramai kumpulan usrah yang kakak-kakaknya tua sikit daripada saya..waaa), saya sedaya upaya menghafal nama mereka sebaik-baiknya.

Memang unik, Masyaalah! Keunikan ini akhirnya membawa saya melalui satu fasa kehidupan yang memberikan warna baru dalam hidup saya.

Memang kadang kala keunikan yang pelbagai ini menemukan sedikit cabaran dan kesulitan, namun inilah kehidupan! Kehidupan yang mengajar hakikat menjadi seorang insan di bumi Allah ini.


Malah, melihat latar belakang mad’u kali ini , mengheret saya untuk cuba mempelajari selok belok lorong-lorong kemanusiaan yang belum pernah saya terokai.

Ada yang datang daripada situasi A, ada pula berasal daripada latar belakang situasi B. Ada pula yang pernah melalui situasi B, tetapi kini berada dalam kelompok situasi A.


@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tetapi, saya respect lah dengan beberapa kumpulan usrah yang memanggil ahli-ahli di kalangan mereka dengan panggilan along, angah dan ada juga yang panggil darling, anje, ayang, which is good. (Kumpulan siapa ye? hehe).

Tetapi apapun, panggilah apa sahaja nama, kalau nama penuh lagi bagus, sebab mesti ada makna kan. Dan secara personal, saya rasa bagi seorang mad'u, itulah perkara yang paling best sekali apabila, "whoaaa, akak naqibah hafal nama kita". Betul tak?

Okay, toyyib, menurut penulis buku ini.
Menghafal nama adalah hal yang penting, kerana dari sinilah terjadi interaksi dan lahir sifat saling percaya sesama individu.

Ia merupakan langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati individu. Ia adalah benang yang mengikat bola-bola kecil yang berserakan. Setiap orang tentu akan merasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling ia sukai.

Menghafal nama mempunyai peranan yang amat penting. Oleh kerana itu, akan saya paparkan beberapa metode yang dapat membantu permasalahan ini:


  • Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain.
  • Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya (secara lengkap atau sebagian sahaja) lalu mengingat-ingat dan memakainya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap.
  • Nama biasanya terdiri dari tiga bahagian: namanya sendiri, nama orang tuanya, dan nama keluarganya. Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau kuniahNya. (sebutan nama yang dikaitkan dengan anak laki-laki tertua, seperti Abu Khalid, Ummu Khalid, dan sebagainya). Jika Anda tambahkan pada nama itu nama keluarganya, itu akan lebih baik. Biasanya nama keluarga yang satu dengan yang lain tidak sama jadi sangat mudah untuk dihafal, seperti As-Siisi. Adapun nama-nama seperti Muhammad, Ali, Hasan, atau Sa'ad akan sangat banyak dijumpai, sehingga agak sulit menghafalnya.
  • Ketika berkenalan dengan nama yang baru, anda harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama (yang telah anda kenal sebelumnya) agar mudah untuk menghafal.
  • Pada waktu berkenalan, anda harus memperhatikan wajah dan keadaannya; apakah ia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya, pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.
  • Untuk memantapkan ingatan, anda bisa menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah anda memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah anda mengirim surat kepadanya, kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan anda dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan sarana dalam tarbiyah (kalau sekarang by SMS atau e-mail).
  • Ketika bertemu lagi, anda harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu anda dalam mengingat namanya dengan cepat.
  • Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi anda untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga anda mempunyai data nama yang amat banyak. Anda pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala. Rasulullah S.A.W. bersabda:
  • Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya. (HR. Ad-Dailami)

Sumber: Buku Jalan Ke hati daripada Abbas 'Asisi

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pejam celik-pejam celik, masa pantas berlalu. Tidak lama lagi, semester akan menghampiri penghujungnya. Kakak-kakak itu tinggal satu semester sahaja lagi dan "kehilangannya" pasti akan dirasai oleh seluruh ahli “keluarga” kami.

Maha suci Allah, pada hari pertama kami bertemu, tiada sesiapa yang menjangka hubungan kasih sayang yang dibina pada hari ini bermula dengan jurang perbezaan yang amat ketara.


Namun, siapa kata latar belakang yang berbeza tidak mampu menyatukan hati-hati manusia yang sebenarnya dahagakan sentuhan kerohanian dan juga penghormatan sebagai manusia biasa?

Saya sayanggg semua...tak kisahlah kakak atau adik. (^_^)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Awak hafal nama saya, saya hafal nama awak,
Aishah Humayra'.
Baity Jannaty.
Daar El-Ta'zim

4 comments:

Anonymous said...

nama penulis blog ini ialah
siti noor aishah bt. mahamood.
tapi kenapa suka letak aishah humayra'???hehehe

saja provok

Humayra' said...

er, okay...nasib baik eja nama betul...hoho

well, saja minat nama tu...it's just a pen name 4 blogging...

tapi slalu org kata, nama "aishah" veteran la...

er, tp x bg saya, syukur sgt dinamakan begitu...nama isteri Rasulullah, Srikandi Abu bakar (bai, pinjam nama sat)

bersyukurlah dgn nama masing2..kan?
(^_^)

blog walker said...

jom sama2 kita hafal nama ahli2 usrah!!

Humayra' said...

jom...jom...!
tapi hafal bkn setakat hafal...
kalau blh, ta'aruf dalam2 dgn ahli2 usrah...lg bgs...(^_^)

sharing is caring...!