Bersama kita melangkah

Thursday, May 28, 2009

Senyum seindah itu


Bismillah.

Assalamu'alaykum.

Tahu tak...? (Tanya macam tanya anak murid dalam kelas)

Tak tahu....

Saya suka lihat gambar ini.


Kenapa?

Senyuman itu. Lihat senyuman itu.


Ada apa dengan senyuman itu? Orang lain pun ada senyuman juga. Macam insan di bawah ini.


Yela, sudah menang kereta mercedez lah katakan. Mestilah gembira kan betul tak? Tapi cuba lihat, auntie ini tak senyum selebar pakcik tadi. Pakcik mana? Tu...Pakcik di atas tadi.

Sebab apa? Tu lah kan..Tak boleh nak senyum sangat agaknya, bila terfikir kos untuk bayar cukai kereta jenis mewah ini.

Okay, cuba lihat yang lain pula. Ha...orang di bawah ni happy. Nampak semua gigi-gigi...kan?


Mestilah mereka happy. Sudah bertahun berusaha mendapatkan degree. Akhirnya, tiba saat graduasi. Siapa tak senyum sampai nampak gusi...kan? (^_^)


Tapi masihkan...? Tak bercahaya senyuman mereka ini dengan pakcik awal-awal tadi? Seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan, dicemaskan dan dibimbangkan kan?

Itulah kan... mesti dalam kegembiraan graduan-graduan ini pun, pasti terselit sedikit risau tentang apa yang bakal mereka hadapi di luar nanti. Lebih-lebih lagi dalam gawat ekonomi ni. Dapat kerjakah nanti?

Sebab itulah saya cukup kagum dengan senyuman pakcik yang tadi tu.

Ala apa nak kagumnya. Mungkin pakcik ni gembira sebab bila dah sampai usia ni, Alhamdulillah sihat lagi. Dan dah tak perlu risau tentang apa-apa masalah dunia, mungkin pakcik ni pun tak bekerja dah, pencen.

Seharian relaks saja, mungkin paling penat pun lepas bermain-main dengan cucu. Yelah, kejar ke sana, kejar ke mari. Mungkin bila saya tiba usia pakcik ni pun, saya akan tersenyum begitu. Tak perlu penat-penat pergi kerja dah. risau hal pejabat. risau hal pesakit. risau keluar masuk duit, bayar duit api gas..


ha kat situlah awak tersilap. No 1, tahu tak, pakcik ni lumpuh. Sejak dia kecil lagi. dDa ke sana ke mari dengan wheelchair.

Oh ye?

No 2, dia belum pencen lagi. sampai saat terakhir hidup dia pun dia masih kuat bekerja. dan bukan sekadar kerja pejabat tau. Tu, sempat susun strategi perang lagi.

Serius? strategi perang? atas wheelchair? Dalam umur-umur macam tu?

Serius. amalan harian dia? walaupun dah tua-tua begitu, masih ke masjid untuk solat Subuh berjamaah. Masanya dihabiskan untuk ibadah, memberi didikan dan tarbiyyah, mentadbir dan mengurus hal ehwal masyarakat.

Er, yeke? Whoaaa...hebatnya.

Mesti tak dapat agakkan, dari senyuman dia yang manis tu, dia sering dalam ancaman bahaya?

Tak langsung. nampak muka cool dan tenang je...

Banyak kali dah orang cuba nak bunuh dia. Tapi akhirnya, Allah menetapkan yang dia kembali ke pangkuan-Nya. Dia syahid setelah kenderaan yang dinaikinya dibedil sebuah helikopter Apache. Masa tu dia baru pulang dari masjid.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hmm…Tiba-tiba saya sedih tengok muka pakcik ni yang happy ni…

eh kenapa pula?

Saya masih muda. saya sihat tubuh badan. Saya ada keluarga yang menyayangi saya. Saya hidup dalam keadaan aman damai, selamat dari ancaman. Tak ada orang yang memburu untuk membunuh saya.

Saya cukup makan. Saya cukup pakaian. Allah beri saya otak yang cerdas. Saya berpeluang menyambung pelajaran sehingga peringkat tinggi. Saya dapat elaun/ biasiswa every semester. Berapa ribu buxx untuk satu semester. Cukup, lebih daripada cukup. Tapi…

tapi?

Apa yang saya dah buat dengan semua nikmat yang Allah dah beri selama ini? Saya bersyukur tak? Saya manfaatkan tak? Saya maksimumkan betul-betul untuk sebarkan kebaikan kepada orang lain tak?

Atau saya sia-siakan? Saya lalai dan leka di bawah timbunan kemewahan, keselesaan dan kesenangan yang mengelilingi saya? Kalau tak itu, saya tenggelam dalam kegelapan, kelemasan, kesukaran rintangan yang menekan saya?

Tapi lihatlah pakcik ini. Banding usia saja sudah kalah pakcik ni berbanding dengan saya. Banding fizikal pun kalah. Tapi lihat saja jiwanya. Di sebalik segala yang pada pandangan mata zahirnya boleh membawa kepada ‘kekalahan’, dia telah menang.

dan kerana kemenangan itulah, dia mampu tersenyum. senyum seindah itu.



Nota kecil kepada diri sendiri dan juga semua:

Kalau pakcik ni boleh maksimumkan kapasiti dirinya di sebalik pelbagai rintangan..Anda apatah lagi? Malah sepatutnya berkali ganda. Berusahalah menjadi yang terbaik, tak kira di waktu senang/selesa atau di waktu susah/sempit!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Menulislah, kerana ilmu itu beterbangan,
Aishah Humayra'.
Baity Jannaty.
Daar El-Ta'zim.
Mengingati mereka di sana, jauh di negara itu,
Tidak pernah sesekali ia luput dari ingatanku...

4 comments:

senyum said...

senyumlah dari hati
duniamu berseri....
:)

Humayra' said...

so true…saya juga suka dengan senyuman itu..senyuman yg terhasil drp iman dan aqidah yang kukuh…yang melahirkan La takhof wa La Tahzan…tiada takut dan tiada sedih hati pada hati orang2 yg beriman…

Kuncinya kepada apa didalam hati…sama-sama kita mantapkan apa didalam jiwa ini..inshaAllah..

hubahuba said...

malu rasa diri bila teman baca entri nie...

Humayra' said...

Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amr al-Ansari al-Badri, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Among the things that people have found from the words of the previous prophets was: 'If you feel no shame, then do as you wish.'"

[Al-Bukhari]

* Haya' towards the person him/herself - a person should be ashamed of him/herself when he/she performs acts that are shameful. If he/she notices that his/her haya' level is low he/she should improve it by remembrance of Allah, getting closer to Him, and fearing Him.

saja bg hadith ni, tazkiyatun nafs utk semua